Wednesday, August 10, 2016

Bihun Sup Tumis

~Bismillah~

:: Assalamualaikum.. ::

Bihun Sup simple lagi senang, first time hakak wat posting resepi.. 
Even ni bukan resepi pertama hakak.. So, for the first posting ni hakak amek yg simple mimple resepi je iaitu BIHUN SUP TUMIS

Ni menu diet tau untok makluman. Eh ! hakak diet ke?? Taklah. hakak mana diet diet ni..disebabkan people around me sedang berdiet, so akak menyokong usaha murni mereka, sekali dgn hakak terjebak jugak kadang -kadang dengan menu diet deyols tu. 

Takpe hakak bedal je janji makanan tu berkhasiat. hehe. Lets begin my simple bihun Sup. Resepi hakak untuk sorang je makan. 

Bahan-bahan :
  • 200g bihun (direndam dengan air hingga lembut, anggaran setengah jam) 
  • 3 ekor udang (dibuang kulit)
  • 2 ketul ayam ( dipotong kecil)
  • 2-3 ulas bawang putih (diketuk n dicincang halus)
  • 1 genggam ikan bilis (ditumbuk lumat)
  • 2 tangkai 'baby' bok choy 
  • 1 batang baby carrot (dipotong bulat)
  • 3 cawan air 
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil white pepper
  • 1 sudu kecil black pepper
  • 1 sudu kecil chilli pepper
  • 1 sudu kecil seasoning
  • 2 sudu besar minyak masak
Step by step :

Before mula memasak ape yang hakak kena prepare adelah :
  • Cuci ayam and potong kecil kemudian basuh dengan tepung untuk buang hanyir ayam.
  • Kopek kulit udang dan rendam udang tersebut.
  • Cuci sayuran dan potong
  • Tumbok ikan bilis dan cincang bawang putih
:: step diatas tiada dalam gambar. terlupa nak snap gambar, tapi step memasak hakak ade snap gambar sebagai rujukan. hihi. 


1. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih yang telah dicincang hingga kekuningan dan naik bau.


2. Masukkan ayam dan udang ke dalam kuali sampai udang tu dah bertukar kaler kemerahan, masukkan sekali ikan bilis yang ditumbuk tadi, 

 3. Kemudian masukkan 3 cawan air. Biarkan kuah mereneh dan mendidih untuk bagi ayam tu empuk.


4. Bila kuah dah mendidihkan, masukkan segala sayuran. (kalau xnak guna sayur macam hakak, boleh je guna sawi ke, kobis ke, or pape sayur yg sesuai la yek, )


5. Bila kuah dah mereneh, mendidih dan masak hingga sekata masukkan white pepper, black pepper, chilli pepper and seasoning. Gaul hingga rata.

6. Pecahkan telur dan biarkan seketika. Bila telur dan masak, masukkan bihun yang telas ditoskan, Gaul. Padamkan api dan siap sedia untuk dihidang. 


itu menu hakak malam tadi, makan pon dah kol9, ajet tamo makan.. sebab petang dah makan.. laslas bergendang gendang perut hakak pukol 8lebih. Apelagi.. capai segala bahan yang ade.. maka terhasillah bihun sup hakak tu. Harap resepi ni bermanfaat bagi spesis yang malas macam hakak ni.. 

Selamat Mencuba ! =)


~Sadakallah~

Featured Post

Emy back to inibelog !

~bismillah~ Assalamualaikum, hey u olls,. lame giler giler babeng lah tak tulis belog ni, dah gupe ape je warong kopi aku ni.. bers...