Thursday, April 20, 2017

Part 4 : Team MBMM accepted the callenge SKYTREX MELAKA!

Skytrex Melaka || Extrem Warrior Adventure Challenge

~ Bismillah ~

:: Assalamualaikum ::

Ok, sambungan dari part 3.. 

adventure begin.. waa.. tak zabar cheq nak cerita.. kah kah kah.. cerita la sgt.. maaflah akibat dari kekangan masa, cheq tak dapat nak tumpu perhatian buat karangan cerita kami pasal skytrex ni.. maaf noohh.. Ok lets, adventure begin..

Lepas briefing dari instructor and buat siket initial training (yang ni sumorang kena buat dahulu, bile pass baru boleh start adventure, kalau tak pass kena repeat buat semula) ini cerita serius. 

Sampai je kat first station, ape lagi macam biasa gambar lagi penting.. dari buat mende lain. padahal tak sedau diri masing-masing hari dah petang , lambat start lambat la setel. 

Kita melanjer dulu gambar ramai-ramai sebelum ape ape jadikan. Muka semua ada senyum lah. 



Pic bawah ni actually time sumorang dah naik, tinggal team kitorang je last.. tapi ni la tempat permulaan tu, saja up gambo ni dulu sebab ade signboard "EXTREME WARRIOR ADVENTURE"  tu. Disebabkan kitorang ramai, instructor separate kan kami into 3 small group, where every group ade sorang instructor.. and bawah tu group hakak lah, group las sekali.. Rasa mcam tak best jadik group last.. JEles gn orang lain setel awal. HAHAHA.


team ketiga a.k.a team last sekali without fara




abaikan muke hakak n bambil yang tak hape2 tu.. latip also. Aza n yana steady cun

Initial point

Ok, gmbar atas ni initial point, nampak tak pokok belakang tu..ade platform atas tukan.. first challenge kena manjat tangga berbuai kat pokok tu.. Ketinggian dari bawah sampai ke platform setinggi 22m, lebih kurang 3 tingkat bangunan.. tinggi woi.. mencunggap sumorang. Mencurah curah peluh jantan kuar. HAHA. Ni eksyen muka banyak happy, banyak ceria, banyak senyum.. sebab belum manjat lagi.. 

Okey, Cabaran bermula... 

First Challenger Fyra Hot tengah manjat, malu nk pandang camera


ok, si ainul dah ready benau nak naik tu, k.. dia orang pertama yang memulakan lagkah.. sepatut si juju starting.. tapi mane tah pegi mamat tu.. takut agak nye.. *hihihi.. Then yang lain follow, dengan syarat the person before dah sampai platform. 

Hakak Share gambaq ja nooohh

good tyre
Flying Fox Cargo Net
??? Plank & Rope Bridge
Wood Step Hanging Pole
Kasi selpie dulu dengan abam instructor
Flying Swing

skybike
Trampoline 
The UFO
Cable Walk
Zigzag
Tula antara challenges yang kena tempuh yang sempat dicapture, chalengges lain hanya mampu dirakam dalam kotak memori saja lah... 

Second Team selamat mendarat without sarah Berkerumun nk wepie
Pic 1 : tengok sarah kat belakang belari nak interframe sekali.
Pic 2: Time ni hakak tak sampai lagi, hakak tengah flying fox kat belakang sane, dan ezzul tengah tunggu turn nak flying lepas hakak.

sweetcouple* adakah mereka akan bertemu jodoh?


Then ni gamba2 epic kami, semasa on trex.. time cable walk tu siap instructor bising sebab kami jalan sekaligus. marah punya marah pon stil snap picture kami apabila ezzul pandang slack kat budak hakim tu **eh tak, pasal izzul ni tipu** Kahkahkah



smart kan? time ni lah si hakim tu jerit " woi ! korang dah gila ke.. naik ramai2..." HAHAHA. Okey layan lagi gambar grup terakhir ni.. sumorang dapat gambar skybike ni.. 

Last but not least the only one "saranghae" oppss..hihi

Tu jela gambar2 kami semasa ontrex, yang banyak gambo kami group terakhir je, Disebabkan team kitorang sangat faster sampai kena queue kat depan second team takhabis lagi, kitorang pon menghabeskan masa dengan bergambo. HAHAHA. Jom layan lagi gmbar lepas sume dah turun. 

15 orang selamat mendarat
Team 1 yang selamat smpai dulu , pic witout juju
Selesai , kitorang diberi sijil,, dengan tambahan harga RM5 untuk satu sijil. Tamat $episod cerita Team MBMM accepted the Challenge SKYTREX MELAKA. Terima kasih sabar mennti empat episod ini.. 



Okay, Selamat semuanya tanpa sebarang kecederaan.. We achieve Extreme Warrior Adventure at Skytrex Melaka. Congrat Team MBMM ! Next activity please...



~ Sadakallah ~

Friday, April 14, 2017

Part 3 : Team MBMM accepted the callenges SKYTREX MELAKA!

Skytrex Melaka || Extreme Warrior Adventure Challenge


~ Bismillah ~

:: Assalamualaikum ::

#thisIsApril , sepanjang bulan april ni mmg aku guna hesteg tu, sebab bulan ni aku agak bz dengan macam2 aktiviti. bukan bizi dengan kerja.. bizi dengan aktiviti luar.. so xdan nak hapdate cerita skytrex ni.. sebab aku dah move on bout skytrex. HAHAHAHA. Tapi takpe dont worry aku akan curik masa gak buat karangan taip experience ni. korang sabau je eh.  dah siap aku post. uhuhuhu

Ok, Let begin.. Sampai je tempat parking kitorg toleh kiri kanan lagi, eh mana tempat skytrex ni.. ?? mana entrance dye?? lepastu baru la ternampak signboard cinonet yang tulis "SKYTREX" berserta arrow ade di bahu jalan. So kitorang follow arrow tu menuju entrance sebenar. Kena berjalan sikit la masuk kedalam tu dari tempat parking ke kaunter entrance, takde la jauh sangat pon..tapi berpeluh gak lah..HAHA. Setahu saya, if  kat Shah Alam siap ade provide train untuk masuk ke entrance, maybe sebab jauh kot.. Melaka dekat je, so kite jalan kaki jela.. sebagai warm up..before game start, laluan yang kitorang lalu ni merupakan laluan jogging kat Taman Botanikal Melaka ni,





Sampai saja kat kaunter ktorang kena isi form. "Skytrex Disclaimer Form". Form ni penting gak la, yelah kang ape ape jadik ade la waris yang boleh dihubungi. Time ni meriah memasing esaited sangat nak start game. Ok kat bawah pic mereka yang sedang khusyuk isi form, Yang tu kat meja kaunter, ade lagi yang kat tepi longkang lah, belakang badan member lah. haih macam-macam. HAHAHA.

dari hadapan

dari belakang
Lepas selesai sumorang isi and submit form, Staff skytrex bagi sumornag equipment satu setiap orang, someting laike harness n else and pakaikan and make sure weols pakai dengan betul. Refer pic bawah, adik tu tengah pakaikan hakak equipment tu. Hakak Selamber je toleh kiri kanan n candid !


Lepas sumorang siap pakai, ape lagi kitorang start lah bergambo bagai.. kenkonon dah redy trex on the sky. Yeehaaaa...




Before we start the adventure, ade siket briefing bout our safety, how to handle harness, how to hook on the wires, and U and C shape, pestu ade training session dari instructor. Instructor demo and teach kitorang ape yang perlu buat kat setiap platform. Kena pay attention, sbb nnti kena buat sendiri because there'll be no Instructor to help you at the platform, do by your ownself. Time ni mmg masing2 pay attention betol2 la.. sebab takut nnti time kat atas nobody dapat tolong.

Picture time briefing xdan nak candid sebab sumorng tgah fokus kat hakim si instructor tu. HAHAHA.

...to be continue part 4. adventure bermula stay tune... " Part 4 : Team MBMM accepted the callenge SKYTREX MELAKA!"


~ Sadakallah ~

Saturday, April 8, 2017

Part 2 : Team MBMM accepted the callenge SKYTREX MELAKA!



Skytrex Melaka || Extrem Warrior Adventure Challenge

~ Bismillah ~

:: Assalamualaikum ::

31 March 2017, bersamaan Hari Jumaat team mbmm pergi skytrex. Seramai 15orang inc aireen & akim. Pagi yang indah dan cerah tu, kami berkumpul di Tasek UTM before gerak to Melaka, sebelum gerak tu, kitorang brekfast dulu.. roti sosej sponsor by fyra. (ghajen betui minah ni).. Em, sedap katekaww... free la kan..mmg shedappp..hihi..

Then after cukup semorg, kitorang pon gerak.. Sebanyak 3 buah kereta yang telah disusun atur penghuni di setiap kereta. Ok, before gerak, kami buat ape? pasti la bergambar dulu, dan membace doa sebelum memandu, bacaan diketuai oleh ostad Latip. (takde gambo berdoa)




Kami gerak pada pukul 9.30 pagi dari kampus utm jb, sedikit tersasar dari tentatif asal, dan dijangka sampai sebelum pukul 12 tengahari. Setiap kerata share gambo dalam kereta masing-masing, dan perjalanan dimeriahkan dengan aktiviti karoke. 

Kereta 1(nabil, usop, ainul, emy, fara)

Kereta 2 (latip, muzz, azza, yana, fyra)
Kereta 3 (k.effa, sarah, k.raha, aireen, akim)


Seperti perancangan kami sampai tepat pada waktu nya.. Exit tol Jasin (amik izzul), then kami Lunch same-same. Lunch Nasi Arab provide by kakak izzul (tapi bukan foc lg) HAHAHA. . mmg sedap..ayam besau katekaww.... hihi.. kami makan di ruang atas kedai kek kakak si izzul ni.. selepas makankami berehat dan bersiap sempat la lelap mata kejap sebelum solat jamak zohor n asar. 

Then, lebih kurang pukul 2.15 petang kami bergerak menuju ke destinasi iaitu Skytrex Melaka yang terletak di Taman Botanikal, Ayer Keroh Melaka. Perjalanan lebih kurang 20min dari kedai kakak izzul. Otw, ke skytrex tetiba ujan renyai2 turun .. kami dah mula gisau dah.. takut takley main.. datang jaoh-jaoh ni.. Tapi alhamdulillah hujan berlalu pergi.. 

...to be continue part 3. stay tune... " Part 3 : Team MBMM accepted the callenge SKYTREX MELAKA!"

~ Sadakallah ~



Thursday, April 6, 2017

Part 1 : Team MBMM accepted the callenge SKYTREX MELAKA!

Skytrex Melaka || Extrem Warrior Adventure Challenge

~ Bismillah ~

:: Assalamualaikum ::


Skytrex, rasa nya semorang yang minat activity outdoor mesti tau kan apatu skytrex kan..kan..kan.. kalau tak tahu tu sila lah google sendiri. HEHE.. By the way kat melesia ni ade 3 tempat je skytrex stakat ni, Shah Alam ( ni paling pemes, sebab ramai orang dari KL, selangor join mende alah ni), Langkawi (suggested untuk dapatkan view yang cantik dan menarik kau memang deboommmm), and lastly yang agak baru di Melaka ( paling extreme antara yang ada, orang cakap lah). 

Takpe kita cuba tempat yang paling extreme orang kate tu, kite tengok cemane die punye extreme tu boleh pegi ke tak.. HAHAHaaa.. 

Eceli, tu bukan alasan utama.. kami memilih Skytrex Melaka, sebab paling dekat dengan kami.. kami dari JOHOR, tapi aku orang Melaka k. So aku amat berbesar hati bila Melaka menjadi pilihan. 

Ok, urusan servey menyervey ni kerja si Syed Azwan a.k.a nabil or bambil.. sebab dia yang suggest kat group kitorang buat activiti ni. Secara tak langsung telah melantik diri sendiri sebagai organizer activiti. Kami accept jela.

Aku on je, aku mmg suke mende-mende gini. Tapi tugas aku hanya dapatkan review dari kenkawan aku kat Melake pasal Skytrex ni.. Kawan aku selalu buat program kt hutan tu, a.k.a Taman Botanikal @ tmpt skytrex tu and dia pon dah penah main. Die cakap mmg best giler! Rugi tak cuba...

Hasil survey melalui website ialah Senarai harga boleh lihat dibawah ye :)

senarai harga setiap pakej



So, syed azwan selaku organizer check online harga ticket, and diskus (diskus la sangat) dengan kitorang nak amik pakej mana, date pergi, transports and so on the related things pasai skytrex ni. Dan kami memilih untuk ambil pakej ke 3 iaitu Extreme Warrior.  

Bak kata member, dah alang-alang datang jejaoh amek je yang paling adventure baru berbaloi.  Lebih kurang 36 challenge yang nak kena tempuh.. 

booked already tak habes lagi diskusi. HAHAHA.. dasarr..

After setel, urusan tempah menempah, tempahan dibuat seminggu dari tarikh hari kejadian, sibuk dok memikir nak kena prepare ape, stamina ke  and pape tools yang perlu. And the main things is pasal glove, kasut ape yg sesuai. Eksaited oi memasing.. iloikeittt... 

Then, one day before, ktorang meet up, sit together, eyes to eyes, face to face untuk discuss bout transport, position time activiti, tentatif program, stay or what, and so on. Disebabkan team kami besar selaku organizer yg prihatin, beliau menyusun aturkan kami, sape jalan dulu n sape jalan kemudian ade lelaki utuk bantu perempuan andai apa-apa terjadi, memandangkan majoriti dari kumpulan kami adalah perempuan. Proses susun atur adalah melalui undian yang dicabut sendiri oleh sume girls, dan keputusan yang telah dipersetujui adalah seperti dibawah.




Bout transport..and related things. So at last decide guna kereta nabilah, kak effa, and yana dan siapa yang berada dalam setiap kereta, kerana kami dari JB agak ramai jugak. Keputusan siapa n siapa tu boleh refer kat next post "Part 2 : Team MBMM accepted the callenge SKYTREX MELAKA! "

Ok, sampai sini je entry ni, sambung next post. Banyak lagi nk cerite. Thats why kat title ade PART. Jumpe kat next entry.





~ Sadakallah ~

Featured Post

Emy back to inibelog !

~bismillah~ Assalamualaikum, hey u olls,. lame giler giler babeng lah tak tulis belog ni, dah gupe ape je warong kopi aku ni.. bers...