Friday, December 9, 2016

Program Cream UTM

~ Bismillah ~

:: Assalamualikum ::

Program CREAM adalah satu program di mana calon-calon akan di uji sebelum layak ditemuduga bagi jawatan pegawai Gred 41 di UTM. Program Cream ini baru diperkenalkan di UTM (sekitar setahun yg lepas kot), ia bertujuan untuk membuat saringan terhadap calon yang ditawarkan yang telah melepasi tapisan permohonan on-Line.

Dalam menentukan Pegawai yang layak menjawat jawatan tersebut UTM mengambil inisiatif mengadakan program cream ini bagi melahirkan pegawai yang betul-betul kompeten, komited, kreatif, anatikal, daya saing, daya fikir,  analisis, idea spontan, sihat dan pelbagai lagi, untuk membolehkan pegawai tersebut menerajui UTM pada masa akan datang. Di mana calon akan diuji dalam beberapa peringkat saringan.

Program ini juga terbahagi kepada ujian:
  • Ujian Kecergasan (larian 2.4km)
  • Ujian Kompetensi 
  • Ujian Psikologi (eTajma)
Di sini, saya akan share kan pengalaman saya , tentang ape yang berlaku sepanjang Program Cream yang berlangsung selama sehari tu.

First of all calon-calon akan menerima email jemputan dari pihak Pendaftar UTM.
- Menerima surat jemputan by email 

Ni la email yang saya dapat, dalam email tu calon jemputan wajib membuat pengesahan kehadiran melalui google form yang disertakan kat dalam email tu. Actually, saya  jarang bukak email yang ni, nasib baik tetiba nak bukak n belum terlepas tarikh pengesahan kehadiran.

Btw, time apply online tu, saya apply jawatan Pegawai Tadbir N41. Dalam email tu ada dinyatakan tarikh masa tempat dan ujian yang akan calon duduki semasa Program Cream. (seperti dinyatakan diatas). Saya punya cream mungkin program yang ketiga diadakan .. kiranya baru la jugak kot.  Selain jawatan yang saya apply, ade dua lagi jawatan lain yang join Cream sekali dengan saya iaitu Pegawai Penerbit dan Pegawai Belia Sukan. Program Cream saya bertarikh 30 November 2016.



Program CREAM UTM

1. Ujian Kecergasan

Calon perlu menamatkan larian sejaoh 2.4km (6 pusingan) , dalam trek kat Stadium UTM, Stadium Azman Hashim. Duration larian ambil masa sendiri, tapi komfem la kan sape yg sampai dulu akan terpilih.  Time berlari tu korang takyah risau barape kali dah korang pusing trek tu, sebab mmg ade orang yang akan tolong kira kan.. n jaga masa korang. Tugas korang hanya lari on trek and tamatkan larian. Nanti dorang remind korang, bape lg pusingan korang kena lari. Even korang kira sendiri pon if dorang kira belum cukup kortang kena gak smbung lari, tak gune korang argue, time tu.. HAHA. Btw, Program Cream batch saya ni agak strict siket compare yang dua batch sebelum ni.  Sape tak lepas ujian mmg tak akan ke peringkat seterusnya, before start larian tu, ade buat senaman ringan yang pihak urusetia sediakan. And, mane2 calon yang penah join cream before this yg tak kurang dr 6 bulan dapat excuse, jugak calon yang mempunyai masalah kesihatan.




2. Ujian Kompetensi

Sape yg layak ke Ujian Kompetensi??? Bagi calon-calon yang melepas saringan Ujian Kecergasan yg berlangsung pagi tu, larian 2.4km = 6pusingan track. Macamana dorang pilih ??? itu kerja urusetia.. saya pon tak tahu pemilihan based on ape.tapi kepantasan tu ofcourse la kan.. Lepas larian tu calon-calon diberi masa brek lebih kurang 30min cmtu la.. tp saya terus ke Pusat Latihan UTM (PULAU) tunggu kat situ. Then, smpai masa yang ditunggu Urusetia akan announce  nama-nama yang lepas saringan Ujian Kecergasan dan nama-nama yang dipanggil kena keluar dari dewan untuk meneruskan perjuangan ke saringan seterusnya iaitu Ujian Kompetensi. Bagi nama yang tidak dipanggil, anda terpaksa say goodbye n goodluck la pada mereka who stil left kat pulau tu. Maaf perjuangan anda terhenti disitu. 

Ujian Kompetensi ni is the one part yang paling mencabar lah, ok. after dah release nama-nama tu urusetia bahagikan kami kepada beberapa kumpulan, satu kumpulan 10 orang kot. then kami masuk bilik perbincangan. meet up ahli kumpulan pon dalam bilik tu, baru tau ade 10 orang. Kami diberi dua task yang berbeza Then, dua orang panel dah get ready nak evoluate n provoke kami  But, saya punye panel sorang lambat siket. So bermula lah ujian nye, bila panel tu start bersuara.

Tajuk yang kami dapat is Oh My Kampung! Antara skop yang diuji ialah, articulation, resilience and analytical. Itu Kompetensi yang diuji.. Part ni kena debate in english, Kami dibahagi kepada dua kumpulan, melalui cabutan undian.. setiap orang kena cabut satu kertas.. Satu team pencadang and satu team pembangkang. Pihak pencadang kena defence apa yang dicadangkan and maintain kan idea asal, manakala, pihak pembangkang kena argue pasal cadangan tu and buat pihak pencadang change their mind. Then, time tula negotiation  akan bermula.. Negotiation berlaku antara both parties with win-win situation. So, time tu kita bertindak as one team, kena ade kesepakatan, but point and marks is individual.. setiap org kena bercakap in english.. and lastly, kena buat conclusion and ada satu keputusan yang muktamad. (macam exam muet speking) Time debate mmg hangat lah, macam real je situasi tu. 



And Second task, kami dibahagi kepada group yang lebih kecil, dalam 3-4 orang.. tapi mostly group 3org je. Task kali ni is presentation.. Task kali ni, kami kena bina satu prototype dengan menggunakan beberapa alatan yang sangat limited dan juga masa yang limited diberikan untuk menghasilkan model prototype tu. Then lepas siap kena present atas kertas majung. Ade beberapa item yang diuji untuk prototype tu. Dalam presentation tu, kena ada nama model, konsep, kelebihan, kos pembinaan and pembangunan, and  nilai pasaran, dan ade lagi item tapi tak ingat. Kemudian, time present, sume grup lain kena dok luar.. hanya group kite and panel je dalam bilik perbincangan tu. Presentation tu jugak markah individu, so kena bercakap! kalo nak markah lebih. Soklan2 spontan yang panel tanya agak mencabar tak terpikior dek akal. HAHA. tapi kite goreng je, kadang macam tak logik gak.. hihi. Yang penting jawab dengan confident ye.

3. Ujian Psikologi (eTajma)

Ujian personaliti ini takde apa sangat, tapi sedikit sebanyak dia mempengaruhi juga kelayakan kita untuk memengang jawatan sebagai seorang pegawai. Ujian ni basically tentang personaliti kita, pasal diri sendiri.. Jawab nye dengan jujur. Antara aspek yang dilihat spt keprihatinan, integriti, jatidiri, pencapaian,kepimpinan, intelektual, kritikdiri, analitikal dan keterbukaan. (ni je ingat)

Okey, thats all about CREAM UTM...


Sebelum menghadiri program cream ni, saya ade la buat research2 pasal cream ni  and riki2 dari senior2 tempat kerja dan bekas2 peserta cream sessi sebelum ni. (actually, saya calon dalaman, utm jugak) hiiihii.. *saja cubetrytestnaseb..
Actually, saya cuma mahu gain some experience from this program and hopefully shortlisted interview nanti. hihihi..tapi doakan saya ye dapat INTERVIEW N41 ni.

Preparation saya sebelum menghadiri program cream ni selepas riki2 dengan bekas peserta cream ialah:

- untuk larian , saya buat training larian kat stadium utm tu 2 hari sebelum selepas kerja. mmg sakit kaki la citer dye. 
- study macamana nak buat proposal pasal nak bangunkan tanah kosong yang besar bagi kegunaan utm. 
- study bout current issue and carik a few spot questions yg mungkin kuar, which are, pendatang tanpa izin, pelarian Rohighya, available lagi tak wawasan 2020, Inflasi and so on..

Itu je kot yang saya dapat kongsikan pasal Program CREAM ni, tapi apepon saya enjoy dengan program ni,, atleast dapat pengalaman yang agak bernilai.. Yela kan, selama ni dok hadap kerja je.. mane sempat nk fikir bende2 yang xxde kaitan dengan kerja.. terbuka siket minda dengan perkara lain. Terpacul idea-idea spontan dan merapu. Anyway, say sangat enjoy dengan program sebegini.. plus saya dapat ramai kawan baru. Sekarang tengah tunggu keputusan sama ada layak ditemuduga atau tidak. Kalau ada dapat email, maka saya tershortlisted lah. kalau tak, is okey.. saya terima dengan redha. Hanya berserah pada yang Esa, jika ada rezeki Insyaallah dapat ke next stage. Mudah-mudahan. 

Takat ni saya share tentang Program CREAM bagi anyone yang tercari-cari apa itu Program CREAM UTM. Hope everything yang saya share dapat membantu anda sedikit sebanyak. Hope, urusan kita sama-sama dipermudahkan ye. Goodluck and All the Best ye kepada calon CREAM. Just do best, and the Rest biar DIA je yang tentukan. Ada rezeki tak kemana. Yang penting, Usaha dan Doa. Hihi. Sekian.


~ Sadakallah ~

Featured Post

Emy back to inibelog !

~bismillah~ Assalamualaikum, hey u olls,. lame giler giler babeng lah tak tulis belog ni, dah gupe ape je warong kopi aku ni.. bers...