Friday, February 3, 2017

Interview N41

~ Bismillah ~

:: Assalamualaikum ::

Seperti yang dijanjikan kat diri sendiri.. jika dapat invitation ke interview ni mmg nk buat sedikit review . Alhamdulillah saya berjaya melayakkan diri ke next stage menuju ke penjawatan Pegawai Tadbir / Penolong Pendaftar di UTM. Syukur ya Rabb... Tak sangka saya berjaya bersaing dengan calon-calon yang lebih hebat dalam ujian kompetensi dari Program Cream.

Saya cuma nak share pengalaman saya, sebelum (apa yang saya prepare) and semasa temuduga berlangsung.


First of all, semestinya dapat surat and email rasmi jemputan dari Pejabat Pendaftar UTM kan.  


Email tu ada lah salah satu goodnews yang saya dapat menjelang tahun baru 2017.  Begin 2017 with the good news, senyum sampai telinga lah saya kan dapat berita baik tu. Akhirnya saya  tersenarai juga as a shortlisted candi untuk jawatan N41 tu. Saya sebenarnya memang nak sangat interview tu, sebab utama ialah saya nak pengalaman ditemuduga jawatan position gred 41. Dapat ke tidak jawatan tersebut no.2 punya cerita.

Time dapat email tu, saya tak keruan.. macam macam perasaan ade rasa time tu, happy (ofcourse la kan) , risau, gelabah, takut,  nervous, dan macam-macam rase lg lah, sampai macam tamau p ke iv tu. HAHAHA. tapi disebabkan nak gain iv experience punye pasal saya saya gagahkan juga. 

Next, masuk bab preparation.. first sekali hari dapat surat tu saya wasap2 kawan seangkatan bertanya , then petang lepas kerja prepare fail.. sijil-sijil akademik, salinan sijil-sijil yang disahkan dan inform kat PSM CICT untuk sediakan rekod peribadi staf dan rekod prestasi kerja. Gap, dapat email dengan tarikh interview seminggu je. kelam kabut jugak lah saya. 

Then bab document dah setel, saya pergi riki-riki and tanya-tanya org ape yg patut buat and ape yang kena prepare.. 




What should i do are.. membaca and mengetahui dan menghadamkan, So, saya kena baca buku NC tahun 2016 "Kelestarian Pendidikan Tinggi Kearah Penghasilan Berimpak" , buku tu saya pinjam dari PSM saya.

sepatutnya sebagai staf UTM saya perlu ada, tapi saya takda. Jadi, saya tanya kat PSM saya, dan rujuk setiausaha bigboss saya untuk pinjam buku tu if ada. Nasib baik ada dan dibenarkan pinjam dan saya cepat tanya.. sebab saya dapat tahu ade sorang lg staf dari PTJ saya pon dipanggil iv tu. 

Then apa yang perlu saya ketahui and hadam ialah,..
  • Pelan Global UTM (PGU)
  • Key Amak Indicator (KAI)
  • Lonjakan UTM
  • Seven Key Focus Area (KFA) UTM
  • Slide - slide pebentangan perhimpunan bulanan NC
  • Visi / Misi / Nama-nama NC / TNC / Ahli Senat dan yang berkaitan. 

OK, tak tido malam saya study n buat nota mende alah tu sume hafal dan ingat setiap baris dan maklumat dalam buku NC tu. Tu jela sedikit sebanyak preparation yang saya buat. 

Hari interview pon tiba iaitu pada hari Khamis, bertarikh 5 Januari 2017. hari kejadian saya lagi dah tentu arah nervous, apa yang dah dibaca dan dihafal lupa terus. HAHAHA. Pagi tu urusetia minta semua calon hantarkan semua dokumen yang dibawa ke hadapan then ambil satu borang yang disediakan. Ade dua kaler, satu biru (calon utm) dan kuning (calon luar utm). Ada dua soalan kena jawab , calon luar n dalam soalan x sama.




Then urusetia separate kan kami beberapa group, seramai 38 orang calon yang terpilih dari kampus KL, JB dan juga calon luar. Ramai jugak yang kenal sebab sume nye kan dah penah jumpa time CREAM cuma tak bertegur sapa je time tu. Gambar dibawah adalah group sebelum saya, sedang diberi taklimat oleh urusetia.




Saya group yang keempat , seramai 6 orang masuk dalam bilik interview bertemu panel dan bersedia untuk menjawab persoalan2 dari panel.. Sebenarnya saya tak bersedia pon, sebab kepala dah bercelaru dan tak ingat apa yang dibaca mmg nervous sangat. Seramai 7 orang panel yang menanti kami. So bermula session interview yang mendebarkan tu. Antara soklan yang ditanya ialah:
  • Sila perkenalkan diri dan beritahu apa harapan anda dalam sesi interview ini.
  • Beritahu apa kelebihan anda berbanding calon lain yang melayakkan anda menjawat jawatan itu.
  • Siapa yang berminat untuk bertugas di HPT Pagoh dan apakah alasan anda.
  • Siapa yang berminat untuk bertugas di Kampus UTM KL.
Hahahahaha, soalan dia suspen kan.. simple but killer. Actly, if tahu teknik menjawab iaitu confident dan pandai relatekan dengan apa yang ade pada diri kita dengan tugas hakiki jawatan tersebut, selitkan lah pengalaman kerja yang sedia ada.. comfirm jawatan tersebut adalah milik anda. Hehehe. Btw, keputusan interview dah keluar, Dengan dukacitanya saya adalah TIDAK BERJAYA. hahahaha.

Makanya saya kekal dengan jawatan saya sekarang ni ni. hehehe. Actually saya agak terkejut, dengan interview paling simple ni.. mengikut pengalaman2 staf senior, interview dari utm bukan lah sesuatu yang mudah especially, bile calon tersebut adalah staf utm sendiri, compare dengan calon dari luar.. agak mudah berbanding calon dalam. By the way, Tahniah saya ucapkan kepada calon yang berjaya mendapatkan jawatan tersebut. Itu la sedikit sebanyak pengalaman saya ditemuduga di UTM jawatan N41. 

~ Sadakallah ~


Featured Post

Emy back to inibelog !

~bismillah~ Assalamualaikum, hey u olls,. lame giler giler babeng lah tak tulis belog ni, dah gupe ape je warong kopi aku ni.. bers...