Thursday, July 5, 2012

14 Petua ilang kan jerawat

~ bismillah ~

..jerawat oh jerawat...


kan ?  quotes tu cam ditujukan kepada orang - orang seperti aku . dimana rupa dan paras mereka yang cun lagi comey itu mengalami masalah jerawat . memang fedap kan and benci kan bile muka berjerawat ni.. okey , kat sini aku mau kongsi ,kan kamu-kamu semua. 'sharing is caring ' ryte ? itu la yg aku cuba amalkan sekarang ni.. hehe ..

Ok, first at all , musti korangsedia maklum ape yang aku nak share kan..tgk tajuk dah taw.. hehe . oke la ni la antara petua nye... selamat beramal yer ^_^


Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu suduminyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda . Sekiranya merasa pediih , itu hanya sementara . Esoknya, ambil beberapa keping asam keping , rendam dengan air panas dan tunggu hingga suam .  Kemudian basuh  muka dengan air rendaman , ambil asam dan gosok ke kawasan yang berparut . Biar kan beberapa minit,  and lastly bilas muka dengan air biasa.

Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan asam jawa . Kemudian sapukan kemuka anda . Amalkan setiap masa seperti menggunakan bedak sejuk , hasil nya muka anda akan bertmbah cerah dan lembuttidak berjerawat lagi.

Petua 3
Giling beras dan daun limau nipis sehingga lumat . Bulatkan adunan sebessar duit 5 kupang (50sen) dan jemur hingga kering . Apabila hendak menggunakan ,titis air ke adunan keping yang telah dijemur dan sapukan  pada muka menggunakan belahan ubi kentang.

Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu , akar bunga melur , akar bunga cina , akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jikatak dapat tiga-tig akar dua akar pon dah memadai . Asah semua akar pada buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan pada muka sebagai bedak sejuk . Boleh juga dicampur dengan lendih daun lidah buaya .  Selain diasah , boleh juga dikisar bersama dengan kemenyan.

Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campur dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberapa kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian , bilas dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka dengan air suam.

Petua 9
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , kesannya Kulit muka  akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10
Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11
Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam .
Kesannya tentu memuaskan hati anda .

Petua 12
Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan gulungkan di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian bilas dengan air sejuk .

Petua 14
Petua untuk jeragat dan jerawat.
Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat dan campur dengan bedak sejuk . Kemudian sapu pada seluruh muka. Duduk senyap2 dan jangan bercakap , kulit muka akan menjadi tegang dan tempat jerawat akan menjadi kering . Tunggu hingga 30 minit , cuci dengan air suam. kesannya muka akan berasa licin dan bersih . Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit , kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu, muka anda tidak akan ada masalah lagi.

InsyaAllah selepas mengamalkan  petua2 diataskulit muka anda akan lebih halus dan licin berseri . Okey , selamat mencuba =)
 






P/S : Sekadar pengetahuan dikongsi bersama . 

~ sadakawallah ~

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Emy back to inibelog !

~bismillah~ Assalamualaikum, hey u olls,. lame giler giler babeng lah tak tulis belog ni, dah gupe ape je warong kopi aku ni.. bers...